Sunday, August 5, 2012

Salam Nuzul Al-Quran'



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


COPYRIGHT © by JAKIM

Saturday, August 4, 2012

Saturday, June 23, 2012

my 2012

Assalamualaikum.. kalau tak jawap dosa, klau jawap syg. hihi. lama sudah aq ta update blog ni(tangan dibahu mata ke atas) -.- . haha kini dulu dan selamanya harimau melaya. eh bkn cite harimau melaya. tpi pasal beta lah.. firstly., i would like to tell about ehem. ehem.. *sakit tekak. dialog kami :


**tuttt..keduanya awok nak cita pasal diri awok kat skolah nya pun., awok same je mcm budak-2 yg len tok doh lorh dok hebot mna pun. ok ya. tahun nih rezeki awok la dapat rasa jadi pembimbing rakan sebaya P.R.S la katakn..*kembang habis sume. hahaha. sbnrnya awok lama doh dok minta tahun lepas lagi. tpi apakan daya cikgu noknya budak form5 je. so, tahun ni la baru la dpt. rezeki la katakn.. so syukur alhamdulillah lah pun kan.. kekeke 

**jengjeng~ tahun ni gua budak softball bettt. pe barang. kahkah.. skolah gua ada 2team softbal satu team A n satu team B. rezeki la katakn dapat masok team A. rasa masyAllah untungnya hambumu ni dari yang lain-2. tpi yg lain tuh kome jngn risu rezeki kome kat tmpt lain. yelarh myb not now. myb next day? next month? or next year? okehlah softbal dapat no 2 dalam daerah.. sronok men softbal nih. harap pengalaman yg cikgu wa bgi dapa gua , gua guna sehabis baik. tq teachers.

**(your are the soldier...) seperti biasa lah setiap tahun mesti tak lari punya dngn aktiviti kadet polis.. huh*serius.. ceitt hahaha poyo jek . pencapaian tahun ni kurang sikit dari tahun lepas. tpi okey la. tahun ni daerah dapat pgg lagi.. tpi tumpas kat negeri. sbb kali ni semua daerah lawan satu padang. kemah. just sronok-2 je. haa tu jela kot. tahun ni biasa-2 jek... tabikk spring sikit sama sarjan mmber waaa.. tahniah!
tahun last tahun yang pernuh drama. kahkahkah

**how about my academic? answer : Alhamdulillah lah sbb tade failed. kekeke. tpi pertghan grrr.. skolah skrg dan di inovasikn kepada rintis Kolej Vokasional.. so bljar pun cara kolej lah. jadual pun asek berubah-2. time sem satu kitaowng kelas kol 8 sampai kol 5. tade la straight je. ada la rehat 2kali. tpi penat jugak la. tak dtg satu hari rugi besar weyy.. time sem satu busy je memanjang. dngn kokonya lagi. mne nak masok kelas sngt kn. result pun mcm ta masok kelas sngt la kn. *faham?tak faham sudah..nama mu bedah..matamu terbelah..bak kata cik ezza saya. hihi rindu kamo. time mid-year exam. perh satu skolah bca buku wey. gua pun seram. baca pun baca total result :
Bahasa Melayu : 64 (C+)
Bahasa Inggeris : 65 (B)
Matematik : 79 (A-)
Aplied Sains : 64 (C+)
Sejarah : 19 (F)
Agama Islam : 64 (C+)
Prinsip Elektrik & Elektronik : 57 (C)
Aplikasi Elektrik & Elektronik : 53 (C)

**okeylah sedih nak cita lagi bila tgk result camni. oke saya Calon SPM tahun ni. InsyAllah, hambumu/anakmu ini akan buat terbaik demi agama,ibubapa dan kawen. kekeke.

siapa saya ? anda boleh follow or add sya di?

that for all.. thanks for read.. Assalamualaikum..


Monday, January 30, 2012

► SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. 

Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)



p/s : berhenti la merokok wahai sahabatku , ia bkn membhayakan diri anda sahaja malah orang di sekeliling anda juga . jika anda ta syg nyawa tapi tolong la syg nyawa org lain :)